Isnin, 31 Oktober 2011

KATA MAJMUK



                         Jawapan Latihan fokus UPSR 10 ( Kata Majmuk)


                    1.  A     2.  A     3.  A     4.  D     5.  A     6.  D     7.  A     8.  A    

                       9.  A    10.  A    11.  D    12.  C   13.  C    14.  B    15.  B
  

Ahad, 30 Oktober 2011

PEKA Sains



PEKA Sains
    Penilaian Kerja Amali (PEKA) Sains merupakan salah satu kompenen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. PEKA Sains dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). PEKA Sains dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru Sains secara berterusan dalam proses P&P.
Kurikulum Sains untuk sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dan mampu mengaplikasi pengetahuan dan pengetahuan ini berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Justera itu, murid mempunyai landasan sains dan teknologi untuk melanjutkan pelajaran disamping mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat yang bersifat ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.
Setiap sekolah adalah wajib melaksanakan PEKA sains dan dilaksanakan semasa proses P&P dijalankan. Setiap murid mestilah mempunyai markah/pencapaian PEKA Sains setelah tamat tempoh pelaksanaan.  

       Gambar dibawah menunjukkan salah satu aktiviti PEKA yang dijalankan di sekolah saya, SJK(C) Nam Hua, Tanjong Piandang, Perak. Aktiviti mengawet telur masin ini dijalankan oleh murid tahun 6.

   
   Bahan yang diperlukan : tanah merah, garam kasar (2:1) , telur itik, air dan bekas yang sesuai.


  Langkah 1 : Campurkan air sedikit demi sedikit ke dalam tanah merah dengan garam kasar dan kacau 
                     sehingga sebatian.


   Langkah 2 : balutkan telur itik dengan campuran tanah merah dan garam.

   Langkah 3 : simpankan telur dalam bekas selama 20 hari
  Langkah 4: Selepas 20 hari .....  telur diangkat keluar dari bekas dan buangkan tanah.

  Langkah 5 : telur dicuci dengan bersih dan direbus.

Begitulah telur masin buatan murid SJK(C) Nam Hua, Tanjong Piandang, Perak. Mmm.... sedapnya!
                                                                              
   


  










                                                                    


Khamis, 6 Oktober 2011

Rasional Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan

Berikut adalah beberapa rasional mengapa kita memerlukan teknologi bagi membantu proses P&P iaitu:

a) Perkara berkait dengan Motivasi.  Motivasikan murid untuk belajar, menyukai pembelajaran, ingin membelajari lebih dari yang diperlukan telah menjadi keutamaan dalam bidang pendidikan. Adalah menjadi agenda pendidikan negara untuk mengekalkan tumpuan murid untuk kekal di sekolah. Maka penggunaan teknologi mempunyai peranan yang penting di dalamnya.Beberapa kaedah berasas teknologi telah dapat memberi kesan kepada beberapa strategi motivasi, di antaranya:

 * Mendapat tumpuan pembelajaran. Langkah pertama yang penting dalam P& P adalah mendapat tumpuan pembelajaran dengan penyediaan persekitaran pengajaran yang optimal. Guru boleh melaksanakan kaedah tarikan dengan penggunaan televisyen, komputer dan perisian multimedia sebagai alat bantu mengajar bagi mengekalkan tumpuan pembelajaran murid serta mencapai objektif instruksional pembelajaran.

 * Mengaitkan murid kepada produksi kerja. Bagi menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada murid, guru boleh menggalakkan murid mereka bentuk produk berasaskan teknologi. Strategi ini telah berjaya dibuktikan dalam satu kajian yang melibatkan penggunaan perisian pemprosesan perkataan, penggunaan hipermedia dalam menghubungkait maklumat dan sebagainya, dalam membantu persembahan dan laporan hasil kerja murid.

 b) Keupayaan Instruksional yang Unik Teknologi boleh digunakan bagi menggantikan kaedah pembelajaran secara tradisional ke arah persekitaran P&P yang lebih efektif dan berkesan. Antara lain, teknologi juga dapat:
*  mengaitkan murid kepada sumber maklumat.
*  mengaitkan murid kepada sumber pendidikan.
*  memvisualisasikan permasalah dan rumusan kepada murid.
*  menjejaki perkembangan murid.
*  mengaitkan murid kepada alatan pembelajaran.

 c) Sokongan kepada Kaedah Instruksional yang Baru .Sistem pendidikan sedang dalam proses untuk penstrukturan semula untuk bertukar dari kaedah pengajaran berasaskan instruksional (kaedah pengajaran tadisional) kepada kaedah pembelajaran berpasukan murid. Ini selaras dengan hasrat untuk menghasilkan sumber manusia abad ke-21 yang mengaplikasikan teknologi di dalam kehidupan harian mereka kelak.

 * Pembelajaran secara koperatif. Memandangkan sistem pembelajaran kini masih memfokuskan kepada pembelajaran secara individu, maka murid-murid ini didapati tidak mahir dalam menyelesaikan permasalah yang kompleks. Maka, penekanan seharusnya diberikan kepada pembentukan pembelajaran dalam kumpulan yang kecil yang melibatkan pembelajaran secara koperatif.

* Perkongsian intelektual. Satu definisi baru mengenai intelektual meletakkan tema " perkongsian pemikiran" atau " pengagihan pemikiran". Kerjasama secara intelek dengan komputer memungkinkan teknologi yang baru dapat diagihkan antara manusia, situasi dan alatan teknologi itu sendiri.

 * Penyelesaian masalah dan pemikiran tahap tinggi. Kurikulum yang sedia ada memberi reflaksi yang murid tidak perlu menguasai kemahiran tahap rendah sebelum beranjak kepada kemahiran tahap tinggi. Usaha untuk mengaitkan kualiti sumber teknologi seperti multimedia dan Internet membolehkan guru untuk menyediakan objektif yang kompleks, untuk jangka masa yang panjang yang juga memerlukan kemahiran tahap rendah dalam penyelesaian masalah yang diberikan. Ini sekali gus membolehkan murid menguasai tahap pemikiran yang rendah serta juga menguasai tahap pemikiran yang tinggi dalam satu masa yang sama.