Khamis, 6 Oktober 2011

Rasional Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan

Berikut adalah beberapa rasional mengapa kita memerlukan teknologi bagi membantu proses P&P iaitu:

a) Perkara berkait dengan Motivasi.  Motivasikan murid untuk belajar, menyukai pembelajaran, ingin membelajari lebih dari yang diperlukan telah menjadi keutamaan dalam bidang pendidikan. Adalah menjadi agenda pendidikan negara untuk mengekalkan tumpuan murid untuk kekal di sekolah. Maka penggunaan teknologi mempunyai peranan yang penting di dalamnya.Beberapa kaedah berasas teknologi telah dapat memberi kesan kepada beberapa strategi motivasi, di antaranya:

 * Mendapat tumpuan pembelajaran. Langkah pertama yang penting dalam P& P adalah mendapat tumpuan pembelajaran dengan penyediaan persekitaran pengajaran yang optimal. Guru boleh melaksanakan kaedah tarikan dengan penggunaan televisyen, komputer dan perisian multimedia sebagai alat bantu mengajar bagi mengekalkan tumpuan pembelajaran murid serta mencapai objektif instruksional pembelajaran.

 * Mengaitkan murid kepada produksi kerja. Bagi menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada murid, guru boleh menggalakkan murid mereka bentuk produk berasaskan teknologi. Strategi ini telah berjaya dibuktikan dalam satu kajian yang melibatkan penggunaan perisian pemprosesan perkataan, penggunaan hipermedia dalam menghubungkait maklumat dan sebagainya, dalam membantu persembahan dan laporan hasil kerja murid.

 b) Keupayaan Instruksional yang Unik Teknologi boleh digunakan bagi menggantikan kaedah pembelajaran secara tradisional ke arah persekitaran P&P yang lebih efektif dan berkesan. Antara lain, teknologi juga dapat:
*  mengaitkan murid kepada sumber maklumat.
*  mengaitkan murid kepada sumber pendidikan.
*  memvisualisasikan permasalah dan rumusan kepada murid.
*  menjejaki perkembangan murid.
*  mengaitkan murid kepada alatan pembelajaran.

 c) Sokongan kepada Kaedah Instruksional yang Baru .Sistem pendidikan sedang dalam proses untuk penstrukturan semula untuk bertukar dari kaedah pengajaran berasaskan instruksional (kaedah pengajaran tadisional) kepada kaedah pembelajaran berpasukan murid. Ini selaras dengan hasrat untuk menghasilkan sumber manusia abad ke-21 yang mengaplikasikan teknologi di dalam kehidupan harian mereka kelak.

 * Pembelajaran secara koperatif. Memandangkan sistem pembelajaran kini masih memfokuskan kepada pembelajaran secara individu, maka murid-murid ini didapati tidak mahir dalam menyelesaikan permasalah yang kompleks. Maka, penekanan seharusnya diberikan kepada pembentukan pembelajaran dalam kumpulan yang kecil yang melibatkan pembelajaran secara koperatif.

* Perkongsian intelektual. Satu definisi baru mengenai intelektual meletakkan tema " perkongsian pemikiran" atau " pengagihan pemikiran". Kerjasama secara intelek dengan komputer memungkinkan teknologi yang baru dapat diagihkan antara manusia, situasi dan alatan teknologi itu sendiri.

 * Penyelesaian masalah dan pemikiran tahap tinggi. Kurikulum yang sedia ada memberi reflaksi yang murid tidak perlu menguasai kemahiran tahap rendah sebelum beranjak kepada kemahiran tahap tinggi. Usaha untuk mengaitkan kualiti sumber teknologi seperti multimedia dan Internet membolehkan guru untuk menyediakan objektif yang kompleks, untuk jangka masa yang panjang yang juga memerlukan kemahiran tahap rendah dalam penyelesaian masalah yang diberikan. Ini sekali gus membolehkan murid menguasai tahap pemikiran yang rendah serta juga menguasai tahap pemikiran yang tinggi dalam satu masa yang sama.

1 ulasan:

  1. Slotyro Casino, Hotel & RV Park
    Casino: 평택 출장마사지 4500 sq ft. Casino 영천 출장안마 Hotel & RV 남원 출장마사지 Park · 1,750 Room · 2,750 Room · 3,000 King & Queen · Casino Theme Park and 포천 출장안마 Hotel · Casino Theme 울산광역 출장샵 Park · Casino.

    BalasPadam